Sejak beberapa hari ini, populariti sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mencanak naik di kalangan rakyat Malaysia. Segala-galanya bermula apabila sultan yang mempunyai kekayaan berbilion-bilion ringgit ini bertitah tentang hukum syariah yang menurut baginda ‘tak perlu tunggu lagi untuk melaksanakannya’.
Titah sultan Brunei ini kena pada masanya. Secara kebetulannya, negara jirannya iaitu tidak lain tidak bukan, Malaysia dilanda ‘demam hudud’. Sana-sini bercerita tentang hudud.Relevenkah Hudud. Hudud sesuaikah di Malaysia. Bagaimana dengan reaksi bukan Islam dengan Hudud. Pendek kata, Hudud dibicarakan di mana-mana sahaja.
Dua pihak bertelagah iaitu kerajaan dan pembangkang masing-masing menarik tali yang tidak mahu putus. Kerajaan melalui pemimpinnya seakan-akan menolak Hukum Hudud kerana disifatkan tidak releven. Manakala pembangkang dengan pendirian Hudud wajib dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara Islam dan Islam adalah agama nombor satu di sini.
Jesteru itu, tersebarnya video rakaman titah mulia Sultan Hassanal Bolkiah sebagai pemimpin nombor satu di Brunei Darul Salam yang menyeru supaya undang-undang Syariah Islam dilaksanakan dengan kadar yang segera sedikit sebanyak menyedarkan ‘mana-mana pemimpin Malaysia yang terlena’.
Penulis di sini menegaskan bahawa penulisan ini tiada kena mengena dengan politik. Penulis sebagai orang Islam secara jelas dan terus-terang menyokong undang-undang Syariah dilaksanakan di Malaysia. Tiada kompromi. Sepertimana titah sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, ‘Siapa kita bila di hadapan Allah ingin berkata Tidak atau Tunggu dulu’. Wajib fikir-fikirkan lafaz berbentuk sindiran ini. Siapa makan cili dia akan terasa pedas.!
0 Komen:
Post a Comment