1. Meninggal Kerana Janggut
Hans Steininger merupakan orang Austria yang terkenal kerana janggutnya yang terpanjang di dunia. Panjangnya sekitar 140 cm. Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang menyebabkan semua orang lari. Pada masa tersebut,beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang itu. Kerana keadaan huru – hara dan panik, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah lalu menyebabkan Hans Steininger meninggal serta – merta.
2. Meninggal Kerana Menahan Kencing
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi. Pada tahun 1601, beliau menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama, di Praha (sekarang Ceko). Adat pada masa itu adalah tidak boleh meninggalkan majlis di tengah jamuan berlangsung, termasuk untuk membuang air, kerana dianggap sangat tidak sopan. Akibatnya, beliau terpaksa menahan kencing selama jamuan. Pundi kencing beliau membesar melebihi had dan terjadilah kebocoran yang kronik pada pundi kencing. Beliau meninggal 11 hari kemudian akibat jangkitan kuman.
.
3. Meninggal Kerana Tongkat Konduktor
Jean Baptiste Lully merupakan konduktor yang memimpin orkestra pada perayaan kesembuhan Raja Louis XIV dari sakitnya pada tahun 1687. Kerana terlalu bersemangat, dia secara tidak sengaja menjatuhkan tongkat konduktor tepat pada ibu jari kakinya. Disebabkan itu, terjadi abses (infeksi dengan nanah) dan diikuti gangren ( mereput ). Lully akhirnya meninggal kerana jangkitan kuman yang merebak ke seluruh tubuh.
.
4. Meninggal Kerana Lidah Tergigit
Allan Pinkerton (1819-1884) adalah seorang agen detektif yang terkenal dengan Pinkerton detective agency-nya. Suatu hari ia sedang berjalan di suatu kaki lima. Tiba – tiba beliau tergelincir dan lidahnya tergigit. Maka terjadilah jangkitan kuman yang kemudian membunuhnya tidak lama selepas itu.
.
5. Meninggal Kerana Kulit Pisang
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang stunter. Beliau juga orang kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan barrel-nya. Beliau meninggal tahun 1926, dua bulan setelah kakinya dirawat. Mengapa? Dia telah tergelincir akibat terpijak kulit pisang ketika dalam perjalanan ke Selandia Baru. Akibatnya, kaki beliau patah dan terjadilah jangkitan kuman yang kronik. Ironiknya, zaman itu antibiotik belum ada.
.
6. Meninggal Setelah Diracun, Ditembak 4 Kali, Dipukul, Dan Akhirnya Dilemaskan!
Grigori Rasputin (1869-1916) pada mulanya ingin diracun dengan sianide. Dos racun yang digunakan itu adalah setara untuk membunuh 10 orang. Tetapi dia tidak mati walaupun telah memakan makanan yang mengandungi racun sianide itu. Oleh itu, dia ditembak dari belakang oleh Felix Yusupov dan rakan – rakannya, tetapi Grigori Rasputin tidak mati juga. Dia ditembak lagi sebanyak 3 kali, tetapi tidak mati juga. Akhirnya Rasputih dipukul dengan tongkat dan akhirnya ditenggelamkan ke Sungai Neva yang dingin. Dari hasil bedahsiasat, sebab kematian Grigori Rasputin sebenarnya adalah akibat lemas. Pergh.. kebal giler mamat ni..
.
7. Meninggal Kerana Bola Besbol
Ray Chapman (1891-1920) merupakan satu-satunya pemain yang meninggal dalam pertandingan besbol. Dia meninggal kerana kepalanya terkena lontaran bola dari Carl Mays. Pada waktu itu, bola besbol selalu dilumuri dengan tanah oleh pelontar bola sebelum dibaling, untuk menyukarkan pihak lawan melihat bola.
.
8. Meninggal Kerana Selendang
Isadora Duncan (1877-1927) dikenali sebagai tokoh tarian moden. Beliau gemar mengenakan selendang semasa persembahan. Pada September 1927, sewaktu dia didalam kereta dengan jendela terbuka dan kereta itu dipandu laju. Saat itu, beliau memakai selendang yang berukuran besar dan selendangnya “terbang” sehingga terbelit di tayar kereta, dia terjerut sehingga mati.
.
9. Meninggal Semasa Siaran Langsung
Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya pemberita yang meninggal semasa siaran langsung television. Beliau menembak kepalanya sendiri pada siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) pada 15 Julai 1974 dengan sepucuk pistol revolver 38 mm. Chubbuck sebelum itu memang sudah mengalami dengan kemurungan yang berlarutan.
.
10. Meninggal Kerana Dipenggal Helikopter
Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon tambahan yang bersamanya meninggal kerana kepala terpenggal oleh kipas helikopter semasa penggambaran untuk filem Twilight Zone, pada tahun 1982.
.
11. Meninggal Kerana Penutup Botol
Tennessee Williams (1911-1983), seorang penulis drama di Amerika Syarikat, mati kerana tercekik penutup botol yang tertelan semasa dia mabuk di sebuah hotel di New York.
.
12. Meninggal Semasa Melawak
Dick Shawn (1924-1987) sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Syarikat. Setelah mengatakan “I will not lay down on the job!” (Saya tidak akan meletakkan jawatan!) ia langsung terbaring di lantai. Penonton menganggap itu adalah sebahagian dari lawaknya. Tetapi kerana dia tidak bangun setelah sekian lama, beberapa petugas memeriksanya dan melakukan CPR. Tetapi malangnya, beliau sudah meninggal dunia
Sumber: www.akuislam.com
Sumber: www.akuislam.com
3 Komen:
macam2 cara ajal di ambil...
tulahh..dah ajal die camtu..huu
tulahh..dah ajal die camtu..huu
Post a Comment