KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic telah membuat tawaran ujian percubaan (trial) mengejut kepada pemain bola kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.
Demikian menurut satu laporan berita di laman web bola sepak di United Kingdom, www.eyefootball.com awal pagi tadi.
Pemain berusia 23 tahun itu kini beraksi untuk skuad Liga Super Kedah.
Pemain berusia 23 tahun itu kini beraksi untuk skuad Liga Super Kedah.
Baddrol yang telah beraksi cemerlang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam saingan Liga Malaysia akan diberi peluang menjalani ujian percubaan tersebut bersama Wigan.
Selain beraksi di posisi sayap, Baddrol yang memiliki kepantasan tinggi dan kemahiran menggelecek yang baik turut mempu beraksi sebagai penyerang.
Malah pada tahun 2008, Baddrol turut pernah meluangkan masa dua minggu untuk menjalani latihan dengan Chelsea di Stamford Bridge bersama seorang lain pemain, Bunyamin Umar yang beraksi untuk skuad Liga Super Selangor ketika ini.
Lantas Wigan berpendapat bahawa Baddrol sudah pun mengetahui tahap bola sepak yang diperlukan untuk saingan Liga Perdana England.
Difahamkan bahawa Baddrol sedang dipertimbangkan oleh Wigan berdasarkan keperluan kelab itu untuk merebut peluang penjualan barangan cenderamata di Malaysia yang dianggap memiliki pasaran berpotensi besar bagi penjualan jenama Liga Perdana England.
Antara beberapa pemain terkemuka yang beraksi untuk Wigan musim ini ialah Chris Kirkland, Antolin Alcaraz, James McCarthy, Franco Di Santo, Hugo Rodallega dan Ali Al Habsi.
Wigan yang dibimbing pengurus, Roberto Martinez bakal memulakan saingan Liga Perdana England musim ini bertemu Norwich City di laman sendiri malam ini.
Laporan berita asal berhubung Baddrol dan Wigan ini boleh dilihat di URL berikut: http://www.eyefootball.com/news/10223/Baddrol-Bakhtiar-to-join-Wigan?/