Pada suatu hari sepasukan Polis membuat Road Block bagi
memeriksa penunggang motorsikal yang tidak memiliki
lesen memandu. Tiba-tiba mereka ternampak sekeluarga
Orang Asli menaiki motorsikal. Mereka naik bertiga dan
tidak memakai topi keledar. Maka polis tersebut ingin
menahan orang asli ini. Akan tetapi orang asli tu tidak
berhenti malah memecut motorsikalnya dengan laju. Polis
tadi pun terkejut dan mereka hanya membiarkan sahaja
orang asli tersebut dengan beranggapan bahawa orang asli
mungkin tak faham undang-undang. Selepas kira-kira tujuh
minit berlalu, orang asli tadi datang semula dengan
motorsikalnya tetapi kali ini hanya seorang sahaja. di
hadapan polis, orang asli itu berkata dengan bersahaja.
katanya "...maaflah encik tadi saya tak berhenti pasal
dah penuh, sekarang ni dah kosong boleh lah tumpang.."
0 Komen:
Post a Comment