Geng Saya!

Pages

4 November 2011

Peristiwa 11 September Sudah Diramal 10 Tahun Lebih Awal?


Sebuah lukisan kapur yang dilukis pada tahun 1980-an mungkin adalah firasat buruk terhadap peristiwa tragis 11 September.

Karya seni berusia puluhan tahun ini menunjukkan seorang gadis muda yang kelihatan sedih dan diapit oleh dua pesawat jet dan menara kembar yang dibanjiri oleh api, namun ramai yang menyatakan mereka percaya bahawa gambar itu dihasilkan lebih dari 10 tahun sebelum kejadian tragik itu berlaku.

Pelukis gambar ini, Willie Gardner, meninggal dunia pada 27 November tahun lalu pada usia 78, sehingga mustahil untuk tahu sebab apa yang mengilhamkannya untuk menghasilkan lukisan ini.

Gambar ini telah bergantung selama lebih dari 10 tahun sebelum kejadian 11 september di Unit Pendidikan Masyarakat Grangemouth, di Stirlingshire.

Dalam gambarnya telihat simpul rambut si gadis menjuntai ke bawah, dan terlihat seperti api dan asap mengepul ke langit dari salah satu menara.

Gambar itu dilihat amat mirip dengan kejadian 11 september. Malah ramai yang melihat gambar yang bergantung pada bahagian depan Unit Pendidikan Masyarakat Grangemouth, di Stirlingshire mengatakan ia merupakan suatu bentuk penghormatan kepada mereka yang maut dalam serangan pengganas di New York tahun 2001 lalu.

Tetapi beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 peristiwa 11 September pada minggu lepas, gambar tersebut telah menjadi perhatian awam.

Lex Cook, yang merupakan penyelaras unit pendidikan di akhir 1980, mengatakan bahawa gambar tersebut telah digantung di pejabat selama bertahun-tahun sebelum peristiwa 9/11.

“Mungkin sekitar tahun 1988 atau 1989 saya pertama kali melihat gambar Willie. Majikan-majikan di sini pada waktu itu menyukainya dan Willie kemudian memberikannya lukisan ini dalam percuma,” tutur Cook.
Menurut Cook, walaupun sekian lama dia melihat dan mencuba mencari jawapan mengenai maksud sebenar di sebalik lukisan tersebut, namun tidak pernah terfikirkan olehnya kalau lukisan itu mirip dengan kejadian 11 september .

“Saya tidak pernah terfikir lukisan itu berkaitan dengan serangan WTC, kerana saya sudah melihatnya sejak lama.” Tuturnya.

Jody Cannon, seorang pengurus unit, mengatakan bahawa dia diberitahu usia gambar tersebut sebelum dia melihatnya, tetapi mengakui dan percaya bahawa itu adalah seperti peringatan artistik.

“Saya tahu ia telah dihasilkan sebelum menara kembar itu hancur. Dia selalu tertarik dalam seni dan telah melukis sejak usianya masih muda. Dia juga menjadi ahli kumpulan seni di persatuan pendidikan. Itu hanya salah satu daripada gambarnya. Saya fikir lukisan itu sudah terletak di belakang pejabat selama bertahun-tahun sebelum dipindahkan ke kawasan depan.” Tutur Aileen Currie, (53), anak pelukis tersebut.

Sumber: dailymail

p/s: macam citer heroes pun ade..perghh!

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...