Geng Saya!

Pages

4 November 2011

10 projek bangunan menakjubkan yang gagal dibina


10. Hotel Attraction Designed in 1908 for New York City 

Hotel Attraction mahu dijadikan bangunan tertinggi di New York pada masa itu. Direkabentuk oleh Antoni Gaudi, tingginya adalah 360 meter, dan nampaknya sangat tak mungkin dapat dibina pada waktu itu. Sedikit sekali fakta yang diketahui tentang projek ini sehinggalah pada tahun 1956, sebuah buku berjudul “The NEw World Called Gaudi” diterbitkan. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan.

9. The Illinois Designed in 1956 for Chicago Illinois 

The Illinois dikatakan akan menjadi pencakar langit setinggi 1.609 meter yang diimpikan oleh Frank Lloyd Wright. Wright percaya bahawa bangunan ini mungkin dibuat, pada waktu itu. Rekaannya terdiri dari 528 tingkat, dengan luas 18,46 kaki persegi. Masalah yang timbul adalah ruang yang diperlukan untuk mendirikan pencakar langit itu kurang, dan terhadnya lift (elevator) yang diperlukan. Faktor itulah yang akhirnya menggagalkan projek ini.

8. Fourth Grace / The Cloud Designed in 2002 for Liverpool England 

Walaupun banyak orang yang menganggap kalau Fourth Grace adalah proposal terburuk, Arkitek Will Alsop memenangi penghargaan rekaan untuk projek yang dinamakannya “The Cloud” ini. Projek ini diberhentikan kerana masalah dana yang besar untuk membina design spiral yang mahal. Fourth Grace direka untuk pejabat, 107 bilik hotel, dan 50000 kemudahan termasuk bar, restauran, dan galeri.

7. Beacon of Progress Designed around 1891 for Chicago Illinois 

Rancangannya adalah sebuah menara batu setinggi 457 meter di Jackson Park, Chicago. Rekabentuk yang memenangi penghargaan ini dikemukakan oleh Professor MIT Désiré Despradelle, seorang Prancis. Jika ada lebih banyak sokongan dana, bangunan ini boleh menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia pada masa itu.

6. Ville Contemporaine Designed in 1922 for Paris France  

The Ville Contemporaine mahu dijadikan tempat tinggal bagi 3 juta penduduk. Ville ini dikemukakan oleh arkitek Swiss-Prancis Le Corbusier. Bahagian tengah bangunan ini dirancang adalah sejumlah bangunan pencakar langit 60 tingkat yang dibina dengan logam simen dan ditutupi oleh dinding kaca. Digunakan untuk pejabat dan apartmen. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan.

5. Tatlin’s Tower Designed around 1917 for St. Petersburg Russia 
Tatlin’s Tower sekira jadi dibina, akan menjadikan Eiffel Tower dikenali. Rancangannya, bangunan ini diperbuat dari besi, kaca, dan simen. Menara ini mahu dijadikan simbol permodenan. Bentuk utama menara ini adalah twin helix yang naik secara lilitan sehingga tinggi 400m, dimana orang-orang boleh naik ke atas, melalui jalur itu.

4. Shimizu Mega-City Pyramid Designed in 2004 for Tokyo Japan 
The Shimizu Mega-City Pyramid adalah sebuah piramid buatan terbesar di Tokyo Bay, Jepun. Struktur itu 12 kali lebih tinggi dari Piramid Giza, dan mampu menampung 750.000 manusia. Ini akan menjadi hasil binaan manusia yang terbesar sepanjang sejarah. Piramid ini sebenarnya dibina dengan 55 piramid yang lebih kecil dan saling digabung. Masing-masing piramid kecil ini besarnya setara dengan Luxor Hotel di Las Vegas. Alasan projek ini tak boleh dibina adalah kerana rekaan mega piramid ini tergantung akan material canggih yang ringan namun sungguh kuat, yang pada masa itu masih belum ada.

3. Volkshalle (The Great Dome) Designed around 1930 for Berlin Germany
The Volkshalle (People’s Hall) adalah sebuah bangunan monumen yang dirancang oleh Adolf Hitler dan arkiteknya Albert Speer. Ia mahu dijadikan  bangunan paling impresif dan penting di Berlin, sebagai tanda kehebatan Hitler. Untungnya, bangunan ini tidak jadi dibina kerana perang.

2. Palace of Soviets Designed in 1933 for Moscow Soviet Union  

Jika Palace of Soviets jadi dibina, ia akan menjadi struktur tertinggi di dunia. Konstruksi yang dipelopori oleh Boris Iofan’s ini sebenarnya sudah dimulai di tahun 1937 dan diberhentikan kerana invasi Jerman. Tahun 1942, bahan besi nya digunakan untuk membuat jambatan.

1. Ultima Tower Designed in 1991 for San Francisco California  
Rekabentuk ini nampaknya sungguh tidak mungkin (lihat saja ilustrasi projeknya diatas), tapi sebaliknya, sangat kukuh jika boleh dibina. Arkitek Eugene Tsui mendapat idea bangunan ini semasa belajar di San Fransisco. Struktur ini akan menggunakan tenaga hasil konversi tenaga atmosferik dengan cara mengubah tenaga yang dihasilkan perbezaan tekanan udara dari atas dan bawah bangunan ini menjadi tenaga elektrik. Bangunan ini mempunyai 500 lantai (2 mil tingginya) dan diharapkan menjadi tempat tinggal sekitar 1 juta penduduk.

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...