Geng Saya!

Pages

12 October 2011

Siri Fakta Negara Korea Utara

akuislam.com
Mungkin terlalu sedikit yang  diketahui oleh dunia luar tentang kehidupan masyarakat di negara Republik Rakyat Demokratik Korea Utara. Seperti negara penganut ideologi komunis lain, negara  Korea Utara ini pun cenderung menutup pintu  terhadap dunia antarabangsa. Ini jelas jauh berbeza dengan  saudaranya yang berada di selatan, Korea Selatan.
Meskipun selalu tersembunyi dari  dari liputan dunia, tetapi sesetengah orang berjaya  mendapatkan maklumat secara langsung tentang kehidupan masyarakat di Korea Utara. Salah seorang insan yang berjaya mencungkil rahsia Korea Utara adalah Ian Scot, seorang blogger yang berasal dari England yang berjaya menyusup masuk dan tinggal di Korea utara

Ada beberapa fakta unik dan aneh tentang kehidupan masyarakat di Korea Utara yang mungkin jarang diketahui oleh dunia luar. Bagi Ian Scot sendiri, fakta-fakta itu cukup membuatkannya terkejut. Perkara – perkara unik dan aneh di Korea Utara itu  dipaparkan dibawah.

Di Korea Utara Tiada Orang Yang Bersiul
akuislam.com
Masyarakat Korea Utara yang tidak boleh bersiul kerana  bersiul adalah hal yang dianggap tabu di negara itu.
Tidak Boleh Menulis Menggunakan Dakwat Berwarna Merah
akuislam.com
Dakwat  merah di Korea Utara hanya boleh digunakan untuk menulis nama-nama orang yang sudah meninggal dunia
Ada saluran TV yang khusus menayangkan permainan Video Game
Ada sebuah saluran televisyen  yang khusus menyiarkan sebuah permainan yang disebut dengan nama “Paduk”  iaitu sebuah permainan yang mirip  permainan catur. Selain itu ada saluran TV yang lain hanya menayangkan kegiatan para remaja bermain video game.
Tayangan iklan di TV lebih lama
paradigma mukmin
Di Malaysia mahupun di negara lainnya, tempoh  tayangan iklan di TV adalah lebih sedikit berbanding  dengan tempoh rancangan  utama. Tapi di Korea Utara adalah sebaliknya, tayangan komersial (iklan) adalah  lebih panjang sehingga rancangan utamanya terasa hanya sebagai selingan.
Negara Dengan Banyak Loudspeaker

Hampir di sepanjang jalan terdapat  banyak pembesar  suara dengan volume maksimum  mengiklankan berbagai produk dagangan. Dari bawang sehingga produk komputer.  .

Tidak Menggunakan Pisau

Di Korea Utara, tiada orang menggunakan pisau untuk memotong  makanan seperti mi, sayuran, daging, dan sebagainya. Mereka menggunakan gunting panjang. Penggunaan gunting itu dapat dilihat semasa waktu makan di semua restoran di negara  itu.
Tiada Kereta Buatan Jepun

Korea Utara menjadi satu-satunya negara yang tidak memiliki   kereta buatan Jepun dan juga  kereta buatan negara lain. Semua kereta harus buatan Korea Utara. Selain daripada itu, tidak akan  dijumpai
Nombor-Nombor Rumah Yang Membingungkan
paradigma mukmin
Di banyak negara , penomboran rumah sebagai alamat biasanya dilakukan dengan urutan. Jika rumah anda bernombor 27 maka rumah di sebelah akan bernombor 28. Tetapi penomboran rumah secara berurutan seperti itu tidak berlaku di Korea Utara.
Rumah bernombor 1 adalah bersebelahan dengan rumah dengan nombor 88, sementara rumah dengan nombor 2 adalah berada di hujung jalan.  Di Korea Utara, penomboran rumah adalah disesuaikan dengan usia rumah tersebut.
Rumah yang berusia paling tua yang terletak di sebuah jalan maka rumah itu akan diberi nombor 1. Rumah dengan nomor 2 adalah rumah yang dibina selepas  rumah yang bernombor 1 tadi. Begitulah seterusnya.

North Korean Trafic Lady
paradigma mukmin
Istilah Trafic Lady hanya ada di Korea Utara, khususnya di kota Pyongyang. Ini adalah  kerana tiada  lampu lalu-lintas (traffic light) di jalan kota itu sehinggakan di setiap persimpangan  di tempatkan  polis  yang biasanya seorang wanita untuk mengganti tugas lampu lalu-lintas di jalan  tersebut
Hari Minggu Dilarang Keluar
paradigma mukmin
Setiap hari Minggu di Pyongyang, ibukota Korea Utara, kereta dilarang keluar ke jalan, hanya kenderaan tentera dan pegawai pemerintah yang dibenarkan. Alasannya adalah untuk mencegah pencemaran! Jalan raya (highway) di Korea Utara juga sangat lebar dan sepi sehingga pesawat boleh mendarat dijalan itu

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...