Geng Saya!

Pages

3 August 2011

Komen isteri ketua pasukan Singapore kpd Safee Sali


bebulu beb bace tweet minah ni..selambe badak je kate player msia,,


Safee Sali & Amirul Hadi Digelar Monyet


KUALA LUMPUR – Isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak dikatakan bertindak melampaui batas apabila mendakwa aksi di atas padang oleh dua pemain bolasepak, Safee Sali dan Amirul Hadi sebagai gaya monyet.
“Manusia yang menggelarkan manusia lain monyet, sebenarnya dia ialah monyet. Panas hati betul dengan kenyataan dalam Twitter oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak,
“Ada ke patut dia cakap gaya Safee Sali dan Amirul Hadi di bawah ialah gaya monyet?,” kata blog, beautifulnara.com.
Tambahnya, Abang Nara rasa kalau suami dia yang buat style bicycle kick macam nie mesti dia akan kata handsome macam Cristiano Ronaldo walaupun bicycle kick setakat kena angin.
“Dah menang pun still nak kutuk pasukan Malaysia lagi. Susah orang yang mentaliti macam nie. Mungkinkah otak Hidayah yang sebenarnya otak M___YET?,
“Tak sabar nak tunggu Safee Sali buat jaringan gol guna bicyle kick lepas tue buat gaya monyet untuk celebrate especially kalau lawan Singapura. Baru epik,”katanya.
Perjuangan pasukan bola sepak negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 berakhir baru-baru ini setelah walaupun seri 1-1 dalam pertemuan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan negara tewas dengan kiraan aggregat 6-4 kepada Singapura.
Walaupun bermain sepenuh hati dan garang umpama seekor harimau yang cedera, pasukan Malaysia tetap kecundang.
Apa pun, barisan pemain negara telah memberikan yang terbaik, namun Singapura yang dibarisi sebahagian besar pemain negara lain yang diberikan kerakyatan republik itu nyata terlalu kuat.
Safee adalah ketua pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan itu.

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...