Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?"
Leman mengangkat tangan.
"Betul ke kamu pandai membilang?"
"Tahu Cikgu. Ayah yang ajar."
"Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?"
"Empat."
"Bagus. Selepas enam?"
"Tujuh."
" Selepas sembilan?"
"Sepuluh...", jawab Leman.
"Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana
mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?" tanya Cikgu lagi.
Dengan senyum penuh keyakinan, Leman menjawab, "Jack, Queen, dan
King."
0 Komen:
Post a Comment