Geng Saya!

Pages

17 July 2011

Kes-Kes Jenayah KEJAM di Malaysia sebelum Kes Pembunuhan Sosilawati!


Ingat lagi tak kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terkenal tanahair, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang rakannya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim yang juga peguam peribadi beliau, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin? ... kalau korang pikir tu adalah kes paling DASYAT, korang silap..ada lagi kes ngeri yo...

Ingat lagi Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail. Mona Fendy ni yang dikaitkan dengan pembunuh ahli politik yang berasal daripada Pahang, Datuk Mazlan. Mona Fendy dikatakan mengamalkan ilmu hitam yo hasil daripada beberapa bahan bukti yang dibawa ke mahkamah seperti tongkat dan songkok telah mengesahkan lagi dakwaan itu.

Pasukan polis Negara kita hebat jugak yo sebab dapat selesaikan kes-kes yang kejam dan rumit...jangan pulak kita tak yakin dgn pegawai2 polis yang amanah dan setia kepada negara..CSI, CSI miami, NYPD pun ada jugak kes yang dieorang belum dpt selesaikan, contohnya: Jack The Ripper and The ZOdiac Killer (siyes best tgk movie dieeee)

Nah, Me-X bagi senarai kes pembunuhan kejam di malaysia:

1.         Mona Fendy-23 Julai 1993

Penjenayah yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.


Mona Fendy(kiri), Affendi(kanan bawah) dan Juraimi(kanan atas)

Mona ni femes sebagai bomoh kepada beberapa ahli politik tanahair telah menawarkan Datuk Mazlan tongkat dan azimat yang menurutnya milik bekas Presiden Indonesia, Sukarno dengan harga 2.5juta ringgit.  *Gilo ko apo...Datuk Mazlan yang menganggap Mona sebagai bomoh peribadinya bersetuju namun beliau membayar terlebih dahulu wang pendahuluan sebanyak RM500,000.

Episod ngeri bermula apabila Datuk Mazlan disuruh berbaring dan mengadap ke siling. Mona dan Affendi menyakinkan Datuk Mazlan bahawa ‘duit akan turun daripada langit’. Namun, ia hanya helah Mona dan Affendi. Juraimi yang telah menerima arahan daripada Mona dan Affendi telah menetak leher Datuk Mazlan. Selepas itu, Juraimi secara berseorangan mengerat 18 anggota badan Datuk Mazlan.! * ni memang Dasyat!!

Datuk Mazlan(berbaju biru)

Mona dan Juraimi akhirnya tertangkap apabila dilihat membeli-belah secara rakus hasil wang daripada Datuk Mazlan yang telah dibunuhnya. Tersebarnya kisah pembunuhan Datuk Mazlan yang dikerat 18 telah menggerunkan seluruh rakyat Malaysia tambah-tambah dengan dakwaan bahawa Mona adalah seorang bomoh.

Mona, Affendi dan Juraimi akhirnya telah dihukum gantung sampai mati pada 2hb November 2001 bersamaan hari Jumaat. Mayat Mona dikebumikan di kampung halamannya di Pahang. Paling diingati adalah Mona sempat tersenyum sambil berteriak ‘aku takkan mati’ sebelum beliau dihukum gantung. Ya, beliau sehingga hari ini ‘tidak pernah mati’ dalam kamus jenayah di Malaysia. Jenayah yang beliau lakukan bagaikan penanda aras jenayah kejam di Malaysia. 

Ni pic mcm ner die potong 18 bahagian mangsa...
2.        Pembunuhan Noritta Samsuddin-25 Disember 2003

Kes pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta Samsuddin masih belum terjawab.Miskipun Jurutera awan di sebuah badan kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta, 22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati akibat kekurangan bukti.

 
Mayat Noritta ditemui dalam keadaan menyayatkan hati di mana mayatnya dalam keadaaan bogel diikatkan tangannya di belakang dengan wayar dijerutkan ke leher dan mulut disumbat kain. Kaki Noritta juga diikat. Dipercayai, Noritta telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh. 

Pembunuhan Noritta diselubungi kisah-kisah yang mengaibkan terutamanya kisah peribadinya.Hasil autopsi pihak forensik ternyata terdapat takungan air mani yang banyak. Ini memungkinkan bahawa mangsa telah dibunuh dan dirogol bukan hanya seorang tetapi beramai-ramai. Namun, iamasih menjadi misteri kerana sehingga hari ini, pembunuh sebenar Noritta gagal dikenalpasti.

3.        Pembunuh mendiang Canny Ong-18 Jun 2003

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan ramping. *manusia bodoh....

Ahmad Najib Aris

Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.

Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.

4.        Altantuyaa Shaariibuu-27 November 2006




Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.


Lokasi pembunuhan

Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda,Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar adalah daripada Unit Tindakan Khas.
 

 Berginilah mayat Canny Ong yang ditemui rentung

Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan di mana cebisan daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam,Shah Alam, Selangor berhampiran dengan Empangan Tasik Subang. Manakala kesan bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja.Diakui oleh pihak forensik, bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.
 Azilah(baju putih) dan Sirul(baju kuning) kelihatan berlegar-legar di Hotel Malaya di mana Altantuya menginap.

Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zaki Md Yasin memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuyaa Shaariibu, 28 manakala Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48 dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah gagal menyabitkan beliau dengan elemen bersubahat.


5.        Nurin Jazimin Jazlan-30 Ogos 2007

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang   melampau.



Setakat hari ini, masih belum berlaku tangkapan berkaitan dengan pembunuhan Nurin Jazlin Jaziman. Walaubagaimanapun, dipercayai bahawa lelaki misteri yang digelar lelaki kucingadalah dalang utama pembunuhan Nurin Jazlin dan beberapa kanak-kanak yang dilaporkan mengalami modus operandi yang hampir sama. 

*so, sapa2 nampak mamat bahlol dan tak berperikemanusiaan ni, report je kat polis..pastu, kalau betul die yg buat bnda kejam ni, kite tibai die ramai2..
*Adik Nurin di pangkuan ayahandanya buat kali terakhir. Suasana suram menyelubungi majlis pengebumiaan.

Malah semasa sembahyang jenazah adik Nurin, Abdul Aziz Elias Zahari yang mengetuai sembahyang jenazah tersebut menangis bersama-sama ratusan makmum ketika membaca doa kepada adik Nurin. Bergitulah kesannya pembunuhan tragis Nurin Jazlin Jazimin pada kaca mata rakyat Malaysia. Semoga Allah memberi petunjuk kepada pihak berkuasa bagi menangkap pembunuh sebenar adik Nurin, amin. InsyaAllah.

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...