ok...skang tgh demam copa america...nk layan EPL lmbt lg br stat kan? so, skang ni copa america je la yg ade...huhu...haa..kt cni ak nk cte sket pasal group2 yg btanding dlm ptandingan ni...
Kumpulan A
Argentina, Colombia, Bolivia & Costa Rica
Tuan rumah, Argentina diundi bersama kumpulan yg agak mudah dan pemain2 tnama mereka seperti Lionel Messi, Carlos Tevez, Angel di Maria, Ezequiel Lavezzi bsedia utk membantu skuad Argentina merangkul kejuaraan..
Colombia pula boleh dikatakan sebagai pilihan kedua dengan Radamel Falcao serta Hugo Rodallega yg agak cambest je dlm skuad nih...pape pn kte tgguuuuuuuuuu...
Bolivia, dengan hampir 80% pemain yang bermain dalam liga tempatan mungkin bukan pilihan utama..tapi kte xtau kn?? bola itu bulat...jgn pandang rendah pada team2 underdog..hehe..
Costa Rica,sebenarnya sebagai pasukan jemputan menggantikan Jepun..diorg ni xdela nmpk hebat..tp mane la tau kn?? da semangat dpt masuk..kot maen kaw2 ke nnti..haha
Kumpulan B
Brazil, Paraguay, Venezuela & Ecuador
Kompem...korang msti rase Brazil bleh menang kn?? Pemain seperti Neymar dilihat sbg pemain yg akan menyerlah sepanjang temasya nnti..pape pn kte tgk k..power ke x dak Neymar tu maen...huhu....diharap Brazil dapat menyajikan aksi2 samba diorg...br la ade feel nk tgk bola ye x?
Harapan kini terletak pada Roque Santa Cruz dan Lucas Barrios untuk pasukan Paraguay...bleh tahan dasat gak brader2 ni skang...team ni yg nmpk bole bg tentangan sengit utk juara kumpulan...
Banyak sudah berubah dalam bolasepak Venezuela sama seperti berubahnya negara ini semenjak dipimpin oleh si sosialis Hugo Chavez...mane tak nya..kalo xhebat..xkan la team ni layak men..kn2??
Walaupun pasukan Ecuador mempunyai Antonio Valencia, namun ia tidak menjamin team ni dpat mara ke pusingan suku akhir...pape pn...team ni mmg nmpk seimbang dr keeper smpai ke penyerang...
Kumpulan C
Uruguay, Chile, Peru & Mexico
Kumpulan maut dalam Copa America edisi kali ni..Jurulatih Oscar Tabarez kekal sebagai pengendali Uruguay dan diperkuatkan oleh player2 seperti Diego Forlan,Luis Suarez dan ayam tambatan Napoli, Edinson Cavani.
Team kedua xlaen xbukan iaitu Chile atau La Roja..mereka dijangka mampu memberikan tentangan sengit utk Mexico utk merebut tempat ke 2 utk slot ke suku akhir..
Peru atau La Blanquirroja merupakan pasukan ke-3 dalam Kumpulan C. Walaupun pernah bergelar juara Copa America sebanyak 2 kali (1939 dan 1975), pasukan bolasepak Peru pada hari ini bukanlah sehebat dulu dan mungkin penyertaan dalam Copa America 2011 ini sekadar melengkapkan jadual.
Melengkapkan Kumpulan C juga selaku sebagai pasukan jemputan ke-2 ialah Mexico.Hadir kali ini dengan skuad bawah 23 tahun (yang diperkuatkan oleh 5 pemain senior) dan tanpa Chicharito...Mexico dijangka dapat merebut tempat ke 2 dalam kumpulan maut ini.
Jadual perlawanan di Astro
( klik utk gambar yg lebih besar )
okehh...sekian review utk Copa America 2011....mai tgk bola ramai2...ce tgk...ce tgk..
0 Komen:
Post a Comment