Geng Saya!

Pages

28 March 2012

Cara-Cara Membuat Kimchi


mesti ramai yang tau kan? kimchi ni merupakan makanan yang paling popular di korea...setiap hidangan mesti ada kimchi..terdapat lebih daripada seratus jenis kimchi yang ada kat korea tu...tapi yang paling femes tentulah kimchi kubis..ok..mari kita belajar cara2 nak buatnya.


Bahan-bahan buat kimchi :
  •  1/2 biji kobis cina
  • Garam & air (untuk rendam kubis)
  •  serbuk cili
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 2-3 biji bawang merah (shallots)
  •  1 sudu cencalok
  • air 7 up secukup nya
  •  1/2 batang lobak
  • 1 pokok daun bawang
  •  gula secukupnya (tak letak garam sebab kubis tu dah masin)
Cara membuatnya:
1. Mula-mula bersihkan kobis dan potong kecil-kecil, lepas tu buat air garam dengan menambah 4 sudu garam dan air sehingga kobis tenggelam.
2. Rendam kobis selama 8 jam
3. Apabila cukup 8 jam, bilas kobis dan perah supaya tiada air garam lagi
4. Campurkan serbuk cili, bawang, bawang putih, halia, cencalok, dalam bekas dan kisar. Guna kan air 7 up jika perlu penambahan air
5. Apabila siap kisar, rasa masin and manis nya dan terpulang untuk tambah gula atau garam. Boleh juga gunakan sos ikan.
6. Lobak hiris nipis seperti batang mancis, daun bawang potong kasar.
7. Gaul kan kobis tadi dengan bahan kisar, lobak dan daun bawang sehingga sebati
8. Simpan dalam bekas. Boleh juga dimakan serta merta.

sumber:wanitaisma.net

1 Komen:

Danni said...

thanks a lot for sharing!! ^-^ btw nak tanya... air yg digunakan utk buat air garam & bilas tu, air paip or air masak or air suam? pastu, air 7 up tu nak kena buang dulu x gas ny?

thanks again!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...