Geng Saya!

Pages

11 September 2011

11 Sept – Angkara Pengganas Atau Konspirasi?



Genaplah 10 tahun menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat  dirempuh kapal terbang dan akhirnya hancur menyembah bumi. Dianggarkan seramai 3,000 orang terkorban dalam kejadian tersebut.
Semenjak kejadian pada 2001 itu, kebanyakan media asing sering menyiarkan debat-debat dan teori konspirasi terhadap kejadian serangan pengganas pada 11 September 2001.
Beberapa lama setelah kejadian tersebut berlaku, terdapat banyak teori yang dikeluarkan yang menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tragedi tersebut.
Antara teori-teori yang dikeluarkan adalah:

1. ‘Letupan Terancang Yang Memusnahkan Menara Berkembar’
Antara Teori Konspirasi Terhadap Kejadian 11 Sept
Pereka teori mendakwa bahawa daripada klip video yang dimainkan secara gerak perlahan, berlaku beberapa percanggahan dalam letupan di mana kemungkinan besar beberapa siri letupan telah dilakukan di beberapa bahagian menara tersebut dan yang menyebabkan runtuh menara Trade Centre – dan bukannya akibat dari pelanggaran kapal terbang.
‘Letupan Terancang’ itu dikatakan berlaku kerana ramai yang merasakan bahawa minyak kapal terbang tersebut tidak mungkin boleh meleburkan rangka besi menara tersebut.
Pihak berkuasa bagaimanapun menidakkan teori berkenaan dengan menyatakan bahawa proses letupan terancang selalunya dilakukan dari bawah ke atas. Manakala keruntuhan menara Trade Centre berlaku dari atas ke bawah.
2. Pemain Saham Wall Street Tahu Akan Perkara Tersebut Sebelum Ia Berlaku
Antara Teori Konspirasi Terhadap Kejadian 11 Sept
Beberapa transaksi telah direkodkan seminggu sebelum kejadian 11 September telah menyebabkan beberapa individu merasakan bahawa para pemain saham di Wall Street telah mengetahui akan kejadian itu.
Mereka mungkin sedar akan kejadian tersebut apabila menurut khabar angin, para pengganas banyak melabur dalam kebanyakan firma-firma Amerika untuk melihat kejatuhan mereka.
Pihak yang membuat konspirasi tersebut menyatakan bahawa pemain saham tahu akan serangan tersebut dan mereka mahu mendapatkan banyak keuntungan daripada tragedi yang akan berlaku.
3. Pihak Tentera AS Diarahkan Untuk Tidak Bertindak
Antara Teori Konspirasi Terhadap Kejadian 11 Sept
Empat buah kapal terbang telah dirampas pada 11 September, dua telah merempuh World Trade Centre, satu di Pentagon dan satu lagi terhempas di Pennsylvania apabila para penumpang cuba untuk mengambil alih kapal terbang tersebut.
Ramai yang membuat spekulasi bahawa ketidakupayaan para tentera untuk bertindak telah menyebabkan kematian seramai lebih kurang 3,000 orang.
Apa yang menghairankan adalah, pihak tentera udara telah diarahkan supaya TIDAK BERTINDAK, seakan-akan mereka mahu serangan tersebut berlaku. North American Aerospace Defence Command (NORAD) dikatakan telah diberi kuasa untuk menjaga kawasan udara AS dan juga Kanada, dengan kuasa untuk menembak mana-mana musuh dengan jet.
Laporan setelah kejadian tersebut menyatakan bahawa NORAD sebenarnya telah bersedia untuk menyelesaikan insiden-insiden seperti 11 September dengan membuat latihan yang sama di kawasan Atlantik.
Jadi, mengapa mereka tidak bertindak? NORAD berkata bahawa segalanya berlaku dalam masa yang singkat dan ia menjadikan operasi menyelamat sesuatu yang amat sukar, mereka juga turut menunding jari kepada Agensi Penerbangan Persekutuan kerana tidak memberikan banyak maklumat terhadap kejadian tersebut.
4. Kapal Terbang Yang Digunakan Adalah Kapal Terbang Pihak Kerajaan
Antara Teori Konspirasi Terhadap Kejadian 11 Sept
Teori yang lebih kabur adalah dakwaan di mana kapal terbang yang merempuh menara berkembar tersebut adalah milik kerajaan dan bukannya dari mana-mana syarikat penerbangan komersial.
Dakwaan tersebut timbul daripada sebuah laporan saksi, seorang jurugambar bebas, Marc Birnbach yang berkata bahawa tiada sebarang cermin yang terletak pada United Airlines Flight 175 – kapal terbang yang merempuh Trade Centre
Pereka teori internet pula menyokong dakwaan ini dengan rakaman resolusi rendah terhadap tragedi tersebut, dengan dakwaan bahawa serangan yang berlaku tidak dilakukan oleh pengganas. Namun, teori ini kemudiannya disangkal oleh Federal Emergency Management Agency [FEMA] yang menemui bangkai kapal terbang Flight 175 yang membuktikan bahawa rangka pesawat tersebut adalah rangka pesawat bagi kapal terbang komersial dan juga mempunyai cermin.
5. Kemusnahan Pentagon ‘Terlalu Kecil’
Antara Teori Konspirasi Terhadap Kejadian 11 Sept
Imej kemusnahan di Pentagon yang dirempuh oleh Flight 77 didakwa sebagai terlalu kecil. Walaupun kejadian tersebut telah mengorbankan 189 mangsa dan ramai yang mempersoalkan tentang percanggahan terhadap kemusnahan yang terjadi.
Namun, laporan yang dikeluarkan oleh American Society of Civil Engineers [ASCE] membuktikan bahawa kemusnahan yang berlaku adalah konsisten dengan saiz sayap kapal terbang tersebut isitu sepanjang 124 kaki, kerana sayap kapal terbang tersebut tidak meletupkan struktur bangunan Pentagon.
ASCE mendapati bahawa sayap Flight 77 telah merempur bumi terlebih dahulu sebelum impak dan dan satu lagi sayap telah patah apabila melanggar kolum-kolum Pentagon – menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa Pentagon telah dimusnahkan dengan peluru berpandu ataupun jet milik kerajaan.
SUMBER: http://my.news.yahoo.com

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...