Geng Saya!

Pages

4 November 2011

7 Fakta Kekayaan Bill Gates


Bill Gates [Fakta Menarik] 7 Fakta Kekayaan Bill Gates

1.Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT. Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2.Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan memperolehi jumlah tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4.Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5.Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.  Lebih kaya dari Malaysia ke? 

6.Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7.Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.

5 orang Melayu terkaya di Malaysia



1. Syed Mokhtar AlBukhary
x282 Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia

Nilai Kekayaan :  USD 2.5 billion    
Sumber     Pelbagai
   Umur    59  
Status     Kahwin, 5 anak     

2. Azman Hashim
azman hashim Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Nilai Kekayaan  USD $785 juta  
Sumber   Kewangan
Umur 71  
Status   Kahwin, 5 anak


3. Mokhzani Mahathir
m 10mokhzani Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia
Nilai Kekayaan   USD $560 juta          
        Sumber    gas & minyak
           Umur   50  
Status    Kahwin, 5 anak


4. Shahril & Shahriman Shamsuddin
pic17 1 Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia

Nilai Kekayaan:   USD $500 juta  
                 Sumber  gas & minyak
                  Umur 50  
Status   Kahwin

5. Kamarudin Meranun
kamarudin Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia

   Nilai Kekayaan    USD $495 juta  
                        Sumber    Syarikat Penerbangan
                           Umur     49  
                  Status     Kahwin, 5 anak

5 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia




 
1 : David Beckham

Di tangga pertama ialah David Beckham, pemain yang paling popular di abad ini. Beckham yang pernah bemain untuk Real Madrid dan Manchester United in di anngarkan memperoleh gaji sebanyak 30 juta euro (RM 125 juta) setahun. Beckham juga merupakan dari tahun 2000 hingga 2006. Kini Beckham bermain untuk LA Galaxy.


2: Cristiano Ronaldo

Bekas pemain Manchester United dan kini bermain untuk Real Madrid ini di tangga 2 ranking pemain bola sepak terkaya di dunia. Dengan gaji di anggarkan 22 juta euro (RM 91.1 juta) setahun pemain ini antara pemain bola sepak muda terkaya di dunia.


3 : Kaka

Pemain yang di gilai peminat wanita ini kini bermain untuk Real Madrid, pernah memenangi FIFA WORLD PLAYER OF THE YEAR pada tahun 2007 bersama kelab Ac Milan ini di anggarkan memperolehi gaji 17.5 juta Euro (RM 72.47 juta) setahun.


4 : Ronaldinho

Siapa tidak kenal Ronaldinho, pemain berasal dari Brazil yang penuh dengan skill samba dalam permainannya. Pemain yang pernah memenang FIFA WORLD PLAYER OF THE YEAR sebanyak 2 kali pada tahun 2004 dan 2005 ini di anggarkan memperolehi gaji 17.5 juta Euro (RM 72.47 juta) setahun.


5: Thierry Henry

Thierry Henry ialah pemain berasal dari perancis dan kini bermain untuk New York Red Bulls di Amerika. Henry pernah bermain untuk kelab terkemuka seperti Arsenal dan Barcelona. Gaji Henry di anggarkan lebih kurang 16 juta euro (RM 66.3 juta) setahun

Peristiwa 11 September Sudah Diramal 10 Tahun Lebih Awal?


Sebuah lukisan kapur yang dilukis pada tahun 1980-an mungkin adalah firasat buruk terhadap peristiwa tragis 11 September.

Karya seni berusia puluhan tahun ini menunjukkan seorang gadis muda yang kelihatan sedih dan diapit oleh dua pesawat jet dan menara kembar yang dibanjiri oleh api, namun ramai yang menyatakan mereka percaya bahawa gambar itu dihasilkan lebih dari 10 tahun sebelum kejadian tragik itu berlaku.

Pelukis gambar ini, Willie Gardner, meninggal dunia pada 27 November tahun lalu pada usia 78, sehingga mustahil untuk tahu sebab apa yang mengilhamkannya untuk menghasilkan lukisan ini.

Gambar ini telah bergantung selama lebih dari 10 tahun sebelum kejadian 11 september di Unit Pendidikan Masyarakat Grangemouth, di Stirlingshire.

Dalam gambarnya telihat simpul rambut si gadis menjuntai ke bawah, dan terlihat seperti api dan asap mengepul ke langit dari salah satu menara.

Gambar itu dilihat amat mirip dengan kejadian 11 september. Malah ramai yang melihat gambar yang bergantung pada bahagian depan Unit Pendidikan Masyarakat Grangemouth, di Stirlingshire mengatakan ia merupakan suatu bentuk penghormatan kepada mereka yang maut dalam serangan pengganas di New York tahun 2001 lalu.

Tetapi beberapa hari sebelum ulang tahun ke-10 peristiwa 11 September pada minggu lepas, gambar tersebut telah menjadi perhatian awam.

Lex Cook, yang merupakan penyelaras unit pendidikan di akhir 1980, mengatakan bahawa gambar tersebut telah digantung di pejabat selama bertahun-tahun sebelum peristiwa 9/11.

“Mungkin sekitar tahun 1988 atau 1989 saya pertama kali melihat gambar Willie. Majikan-majikan di sini pada waktu itu menyukainya dan Willie kemudian memberikannya lukisan ini dalam percuma,” tutur Cook.
Menurut Cook, walaupun sekian lama dia melihat dan mencuba mencari jawapan mengenai maksud sebenar di sebalik lukisan tersebut, namun tidak pernah terfikirkan olehnya kalau lukisan itu mirip dengan kejadian 11 september .

“Saya tidak pernah terfikir lukisan itu berkaitan dengan serangan WTC, kerana saya sudah melihatnya sejak lama.” Tuturnya.

Jody Cannon, seorang pengurus unit, mengatakan bahawa dia diberitahu usia gambar tersebut sebelum dia melihatnya, tetapi mengakui dan percaya bahawa itu adalah seperti peringatan artistik.

“Saya tahu ia telah dihasilkan sebelum menara kembar itu hancur. Dia selalu tertarik dalam seni dan telah melukis sejak usianya masih muda. Dia juga menjadi ahli kumpulan seni di persatuan pendidikan. Itu hanya salah satu daripada gambarnya. Saya fikir lukisan itu sudah terletak di belakang pejabat selama bertahun-tahun sebelum dipindahkan ke kawasan depan.” Tutur Aileen Currie, (53), anak pelukis tersebut.

Sumber: dailymail

p/s: macam citer heroes pun ade..perghh!

10 projek bangunan menakjubkan yang gagal dibina


10. Hotel Attraction Designed in 1908 for New York City 

Hotel Attraction mahu dijadikan bangunan tertinggi di New York pada masa itu. Direkabentuk oleh Antoni Gaudi, tingginya adalah 360 meter, dan nampaknya sangat tak mungkin dapat dibina pada waktu itu. Sedikit sekali fakta yang diketahui tentang projek ini sehinggalah pada tahun 1956, sebuah buku berjudul “The NEw World Called Gaudi” diterbitkan. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan.

9. The Illinois Designed in 1956 for Chicago Illinois 

The Illinois dikatakan akan menjadi pencakar langit setinggi 1.609 meter yang diimpikan oleh Frank Lloyd Wright. Wright percaya bahawa bangunan ini mungkin dibuat, pada waktu itu. Rekaannya terdiri dari 528 tingkat, dengan luas 18,46 kaki persegi. Masalah yang timbul adalah ruang yang diperlukan untuk mendirikan pencakar langit itu kurang, dan terhadnya lift (elevator) yang diperlukan. Faktor itulah yang akhirnya menggagalkan projek ini.

8. Fourth Grace / The Cloud Designed in 2002 for Liverpool England 

Walaupun banyak orang yang menganggap kalau Fourth Grace adalah proposal terburuk, Arkitek Will Alsop memenangi penghargaan rekaan untuk projek yang dinamakannya “The Cloud” ini. Projek ini diberhentikan kerana masalah dana yang besar untuk membina design spiral yang mahal. Fourth Grace direka untuk pejabat, 107 bilik hotel, dan 50000 kemudahan termasuk bar, restauran, dan galeri.

7. Beacon of Progress Designed around 1891 for Chicago Illinois 

Rancangannya adalah sebuah menara batu setinggi 457 meter di Jackson Park, Chicago. Rekabentuk yang memenangi penghargaan ini dikemukakan oleh Professor MIT Désiré Despradelle, seorang Prancis. Jika ada lebih banyak sokongan dana, bangunan ini boleh menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia pada masa itu.

6. Ville Contemporaine Designed in 1922 for Paris France  

The Ville Contemporaine mahu dijadikan tempat tinggal bagi 3 juta penduduk. Ville ini dikemukakan oleh arkitek Swiss-Prancis Le Corbusier. Bahagian tengah bangunan ini dirancang adalah sejumlah bangunan pencakar langit 60 tingkat yang dibina dengan logam simen dan ditutupi oleh dinding kaca. Digunakan untuk pejabat dan apartmen. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan.

5. Tatlin’s Tower Designed around 1917 for St. Petersburg Russia 
Tatlin’s Tower sekira jadi dibina, akan menjadikan Eiffel Tower dikenali. Rancangannya, bangunan ini diperbuat dari besi, kaca, dan simen. Menara ini mahu dijadikan simbol permodenan. Bentuk utama menara ini adalah twin helix yang naik secara lilitan sehingga tinggi 400m, dimana orang-orang boleh naik ke atas, melalui jalur itu.

4. Shimizu Mega-City Pyramid Designed in 2004 for Tokyo Japan 
The Shimizu Mega-City Pyramid adalah sebuah piramid buatan terbesar di Tokyo Bay, Jepun. Struktur itu 12 kali lebih tinggi dari Piramid Giza, dan mampu menampung 750.000 manusia. Ini akan menjadi hasil binaan manusia yang terbesar sepanjang sejarah. Piramid ini sebenarnya dibina dengan 55 piramid yang lebih kecil dan saling digabung. Masing-masing piramid kecil ini besarnya setara dengan Luxor Hotel di Las Vegas. Alasan projek ini tak boleh dibina adalah kerana rekaan mega piramid ini tergantung akan material canggih yang ringan namun sungguh kuat, yang pada masa itu masih belum ada.

3. Volkshalle (The Great Dome) Designed around 1930 for Berlin Germany
The Volkshalle (People’s Hall) adalah sebuah bangunan monumen yang dirancang oleh Adolf Hitler dan arkiteknya Albert Speer. Ia mahu dijadikan  bangunan paling impresif dan penting di Berlin, sebagai tanda kehebatan Hitler. Untungnya, bangunan ini tidak jadi dibina kerana perang.

2. Palace of Soviets Designed in 1933 for Moscow Soviet Union  

Jika Palace of Soviets jadi dibina, ia akan menjadi struktur tertinggi di dunia. Konstruksi yang dipelopori oleh Boris Iofan’s ini sebenarnya sudah dimulai di tahun 1937 dan diberhentikan kerana invasi Jerman. Tahun 1942, bahan besi nya digunakan untuk membuat jambatan.

1. Ultima Tower Designed in 1991 for San Francisco California  
Rekabentuk ini nampaknya sungguh tidak mungkin (lihat saja ilustrasi projeknya diatas), tapi sebaliknya, sangat kukuh jika boleh dibina. Arkitek Eugene Tsui mendapat idea bangunan ini semasa belajar di San Fransisco. Struktur ini akan menggunakan tenaga hasil konversi tenaga atmosferik dengan cara mengubah tenaga yang dihasilkan perbezaan tekanan udara dari atas dan bawah bangunan ini menjadi tenaga elektrik. Bangunan ini mempunyai 500 lantai (2 mil tingginya) dan diharapkan menjadi tempat tinggal sekitar 1 juta penduduk.

China Movie Fail


kah2...laen kali cari tengok betol2 sebelum tayang..kan dah kantoi...


3 November 2011

Al-Hijab (2011) DVDRip AVI,MKV & RMVB Mediafire


Al-Hijab (2011) DVDRip AVI,MKV & RMVB Mediafire


Al-Hijab (2011) DVDRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Sinopsis
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Pelakon
Piere Andre, Fathia, Maimon Mutalib, Nor Albaniah, Aziz M Osman, Khir Mohd Noor.

Screenshot


Download

MEDIAFIRE

AVI (700MB)
part 1- http://adf.ly/3Xj4J
part 2- http://adf.ly/3Xj5Y
part 3- http://adf.ly/3Xj69
part 4- http://adf.ly/3Xj79

RMVB (222MB)
part 1- http://adf.ly/3XitL
part 2- http://adf.ly/3Xitj

MKV (350MB)
part 1- http://adf.ly/3XvSc
part 2- http://adf.ly/3XvTj
 
download HJSPLIT di sini > http://www.ddmf.biz/p/tutorial.html dan gabungkan part-part movie yang dah korang download...tutorial nak buatnya ada dalam link tersebut...enjoy watching!
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...