Geng Saya!

Pages

11 July 2011

Wow! Transformers 3 Cecah RM1.9 Bilion

Sumber dari Reuters

Ada Jugak Yang Tak Best Transformer 3 - Dark Of The Moon?


LOS ANGELES — Filem aksi “Transformers: Dark of the Moon” telah berjaya mengatasi semua filem box office untuk dua minggu berturut-turut, dengan menjana AS$140 juta (RM418.23 juta) bagi jualan antarabangsa yang kini jumlah keseluruhannya telah melonjak kepada RM1.9 Billion, menurut jumlah anggaran yang dikeluarkan oleh pihak studio.
Filem ketiga bagi filem-filem “Transformers” yang mengisahkan tentang perang antara makhluk asing ini telah menjadi filem nombor satu di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dengan jumlah jualan tiket sebanyak AS$47 juta, mengatasi dua filem komedi yang juga ditayangkan, “Horrible Bosses” yang berjaya mengutip AS$28 juta dan sebuah filem keluarga “Zookeeper” yang berada di tempat ketiga dengan kutipan jualan sebanyak AS$21 juta.
“Transformers” kekal di tempat teratas bagi minggu lalu dengan jualan antarabangsa sebanyak AS$93 juta dari 59 pasaran, termasuk jualan tayangan yang diedarkan oleh Paramount Pictures.
Keseluruhannya, filem tersebut telah menjana AS$261 juta bagi tayangan tempatan (AS dan Kanada) dan menjadi filem terlaris bagi tahun 2011 setakat ini.
Filem itu juga meraih AS$384 juta bagi tayangan luar negara.
“Horrible Bosses”, yang mengisahkan tentang tiga rakan lelaki yang merancang untuk membunuh bos-bos mereka yang jahat, adalah filem yang mencatat kutipan lebih baik berbanding dengan filem komedi seperti “Hangover 2” dan “Bad Teacher”.
“Horrible Bosses” dibintangi oleh Jason Bateman, Charlie Day, Jason Sudeikis dan juga Jennifer Aniston sebagai salah seorang daripada bos mereka.
“Zookeeper”, filem komedi keluarga yang dibintangi oleh Kevin James, juga berjaya mendapat kutipan tinggi bagi kedua-dua pasran tempatan dan juga pasaran luar negara.
Filem yang diedarkan oleh Sony Pictures Entertainment dikatakan telah berjaya mengutip kutipan antarabangsa sebanyak AS$7.5 juta, kebanyakannya dari Jerman dan Mexico.
“Cars 2” merupakan filem kedua, sambungan daripada filem animasi sebelumnya, ‘Cars’ yang dihasilkan oleh Disney’s Pixar animation studio, telah menduduki tempat keempat dagi carta jualan fielem tempatan dengan kadar kutipan sebanyak AS$15 juta dan filem komedi Cameron Diaz, “Bad Teacher” menduduki tempat kelima dengan AS$9 juta.
“Transformers” diterbitkan oleh Paramount Pictures, “Horrible Bosses” oleh Warner Bros. dan “Zookeeper” dan “Bad Teacher” oleh Sony Pictures Entertainment. Bagi ‘Cars 2′ pula, Walt Disney Co.

1 Komen:

miz schemicle said...

transformers yg paling xbest,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...